27/01/12





ketika terjadinya Perang Salib (Crusade War), pasukan tentera Salib (crussaders) dikejutkan dengan pedang yg dimiliki oleh pasukan tentera yang dipimpin Salahuddin Al-Ayubi ( Panglima Agung tentera islam). Pedang mereka dengan mudah menembus baju besi pasukan crusader, bahkan mampu membelah pedang mereka.Inilah Pedang Damascus, yang diperbuat dari teknologi karbon nano yang diolah dengan teknik khusus sehingga memiliki permukaan yg sangat kuat dan tajam.

Pedang Damaskus adalah pedang yg paling tajam di dunia, lebih tajam daripada Katana Jepun maupun Kris Indonesia. Selain kuat, Pedang Damascus juga sangat lentur sehingga betul-betul sempurna untuk dijadikan pedang atau pisau. Pedang ini mampu membelah sutera mahupun rambut yang dijatuhkan ke atasnya, juga mampu membelah pedang lain atau batu tanpa mengalami kerosakan sama sekali. Sebuah penelitian mikroskopik keatas permukaan Pedang Damascus menemukan semacam satu lapisan kaca dipermukaannya.

Teknik pembuatan pedang ini begitu rahsia sehingga hanya beberapa keluarga pandai besi di daerah Damascus ( damascus kini dikenali sebagai Syria) saja yang menguasainya, kerana faktor ini teknik pembuatan Pedang Damascus akhirnya pupus dan lenyap. Hingga kini teknologi metalurgi yg paling canggih pun belum mampu membuat pedang yg lebih tajam dari Pedang Damaskus.

Begitulah hebatnya, Para ilmuwan islam di timur tengah telah mencapai teknologi nano sejak seribu tahun yg lalu. Beberapa ahli metalurgi moden mengaku berhasil membuat pedang yg sangat mirip dengan pedang Damaskus , namun tetap tidak berhasil meniru 100%.

Namun sayang kerana teknik pembuatan Pedang Damascus tidak diwarisi lagi sekarang kerana tiada 1 manusia zaman ini dan di muka bumi ini mampu menghasilkan Pedang ini. Seni dan teknik pembuatan Pedang Damascus tergolong antara seni dan ilmu pengetahuan Islam yang hilang dan lenyap tanpa diwarisi. Pedang, tombak dan Pisau Damaskus yang masih ada kini merupakan tinggalan sisa dari Perang Salib kini tersebar di merata Muzium di seluruh dunia.
 — with Husni A

Tiada ulasan:

Catat Ulasan